Laksam adalah juadah asli yang berasal dari Kelantan, yang kini semakin digemari dan popular di ibu kota, tidak hanya bagi mereka dari  negeri cik Siti Wang Kembang.

Malahan juadah laksam sudah diterima oleh pelbagai masyarakat termasuk golongan Cina dan India. Ini berikutan terdapatnya permintaan juadah laksa dari syarikat- syarikat korporat dan agensi kerajaan untuk dihidangkan waktu pagi dan petang.

Berasaskan mee laksam yang diperbuat dari tepung beras yang dikukus diatas penutup periuk dan digulung apabila telah masak dan sederhana sejuk, mee laksam dihidangkan bersama kuah ikan yang dimasak bersama santan segar beserta rempah-rempah yang baik untuk kesihatan seperti halia, bawang putih, bawang merah, asam keping dan lada hitam .

Setiap hidangan Laksam juga umumnya disertakan bersama ulam-ulam segar seperti timun, kacang, taugeh, kubis dan beberapa ulaman lain mengikut citarasa pelanggan. Tidak ketinggalan, tambahan sambal cili pada setiap mangkuk laksam pasti akan membangkitkan selera.

 

LAKSAMMEK yang dtawarakan dibawah rangkaian Tulip Gold services telah memperkenalkan Laksam inovasi bagi menarik minat selbagai golongan dan bangsa dalam menikmati laksam. Antara variasi yang disediakan oleh LAKSAMMEK adalah :

  1. Laksam original
  2. Laksam daging bakar black pepper
  3. Laksam telur puyuh
  4. Laksam sotong bakar
  5. Laksam udang bakar