Untuk memudahkan produk kami sampai ke destinasi anda kami turut menyediakan khidmat penghantaran terus kepada anda. Semua pesanan adalah secara pre-order sahaja (sekurang-kurang 1 hari sebelum pukul 6.00 petang).
Buat masa ini waktu operasi normal kami adalah pada setiap Isnin sehingga Jumaat sahaja. Namun jikalau memerlukan pesanan terutama dalam bentuk katering (terutama pada hari sabtu/ahad/cuti umum) boleh terus hubungi kami untuk sebarang tempahan.
Buat masa ini, segala penghantaran adalah dari lokasi kami di Laman Damai Kepong, W.P. Kuala Lumpur. Segala kos penghantaran adalah dikira dari lokasi kami di Kepong. Untuk memudahkan pengiraan kos penghantaran dan kos penuh yang perlu dibayar sila nyatakan lokasi penghantaran dan jumlah produk yang ingin dibeli.
Penghantaran adalah dibuat oleh pihak kami sendiri atau menggunakan rakan penghantaran kami (bergantung kepada lokasi dan jenis tempahan). Mod bayaran adalah secara “bank transfer” atau “COD” sahaja.
Berikut adalah anggaran harga penghantaran mengikut lokasi dan jumlah produk;
- 5 KM-10 KM (RM 5.00)
- 10.1 KM-20 KM (RM 10.00)
- 20.1 KM-30 KM (RM 15.00)
- 5 pax ke atas ( penghantaran percuma untuk 5 KM-10 KM)
- 20 pax ke atas (penghantaran percuma untuk 10.1 KM-20 KM)
- 30 pax ke atas (penghantaran percuma untuk 20.1 KM-30 KM)
Sekiranya anda memerlukan sebarang maklumat tambahan dan sebut harga, sila hubungi atau Whatsapp terus ke nombor telefon 019 904 3163.
Kami juga boleh dihubungi melalui email info@tulipgoldservices.com atau layari https://tulipgoldservices.com/hubungi/