Perniagaan Tulip Gold Services didaftarkan pada 25 November 2018 dengan SSM dan No. pendaftaran : 002909093-M. Alamat berdaftar No.112, Jalan 18/19a, Taman Sri Serdang, 43000, Serdang, Selangor. Mempunyai dua cawangan operasi pengeluaran prodak iaitu di Serdang, Selangor dan Kepong, Kuala Lumpur.

Perniagaan ini adalah milikan tunggal yang menjalankan perkhidmatan penyediaan makanan bermasak atau catering, pembekalan makanan bermasak secara packaging dan jualan makanan atas talian dengan menggunakan kaedah pesanan dan penghantaran melalui aplikasi eatfun.my.

Perniagaan Tulip Gold Services adalah beroperasi secara sepenuh masa melalui rumah dan tidak mempunyai premis atau kedai. Makanan dikendalikan sendiri oleh pengusaha dan beberapa orang pekerja yang mempunyai Sijil Pengendali makanan dan kad suntikan pengendali makanan. 

Terdapat 3 rangkaian perniagaan makanan bermasak yang disediakan iaitu:

  1. Perkhidmatan katering (Tulip Catering)
  2. Peniagaan di tapak karnival
  3. Perniagaan makanan bermasak dalam talian atau online