Tulip Catering mula beroperasi pada April 2019 dengan menyediakan masakan Melayu asli resepi keluarga dari Pantai Timur yang diwarisi dari bapa founder iaitu Zakaria atau dikenali dengan panggilan Pok Yo dikalangan masyarakat setempat di Bachok, Kelantan.

Resepi masakan yang disediakan Tulip Catering adalah resepi warisan sejak 1980-an iaitu lebih 30 tahun resepi dan pengalaman menyediakan makanan secara buffet dan tempahan makanan bungkusan.

Pada tahun 2019 pemilik Tulip Gold Services ingin memberi peluang kepada hidangan dan masakan tradisi ini berada di pasaran luar Kelantan dan membawa nama Tulip Catering untuk dikomersilkan di ibukota Kuala Lumpur dan Selangor. Tulip Catering menyediakan perkhidmatan katering bagi 25 pax hingga maksimum 500 pax pada satu-satu masa.

Kami menyediakan perkhidmatan catering bagi majlis- majlis seperti :

  1. Majlis akad nikah
  2. Kenduri kahwin (untuk 500 tetamu)
  3. Majlis Hari Raya
  4. Majlis Aqiqah
  5. Majlis cukur jambul
  6. Majlis doa selamat dan kesyukuran
  7. Majlis Hari Jadi
  8. Majlis-majlis keraian/ event pejabat 

Bagi majlis- majlis tersebut. Tulip catering menyediakan perkhidmatan penyediaan makanan sepenuhnya tanpa pakej-pakej lain sebagai tambahan. Antara menu yang disediakan adalah :

  1. Set Nasi Minyak
  2. Set Nasi tomato
  3. Set Nasi hujan panas
  4. Set Nasi daging
  5. Set Nasi putih lauk kampung & ulam 
  6. Set Nasi kerabu
  7. Set Pulut kuning
  8. Set Nasi gulai kawah daging/ kambing
  • Pelbagai pilihan lauk mengikut permintaan pelanggan dan mengikut kesesuaian majlis